BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Kewangan Setiap Bulan Kepada Rakyat Sebanyak RM 200

Ia merupakan sebuah program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi tahun 2024.Pembayaran bantuan kewangan RM 200 secara bulanan bakal diberikan kepada rakyat.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN BERJUMLAH RM 800

Bantuan tersebut adalah Bantuan Musim Tengkujuh di mana jumlah bantuan berkenaan telah dinaikkan oleh pihak kerajaan.

Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan agar tiada pekebun tercicir bantuan tersebut.

JUMLAH BANTUAN DINAIKKAN

Bermula tahun 2023, pemberian BMT ini telah dinaikkan kepada RM 800 berbanding tahun-tahun sebelum iaitu RM 600 sahaja.

Penambahan jumlah bantuan ini untuk membantu para pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh yang melanda negara.

Jumlah bantuan adalah RM 200 setiap bulan dan akan dibayar dalam 4 bulan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bagi pembayaran bantuan bulan November, Disember 2023, Januari dan Februari 2024 telah dibuka sehingga 15 September ini.

Permohonan baharu boleh dibuat melalui pautan di bawah

SYARAT KELAYAKAN

Untuk makluman, BMT ini diberikan kepada peneroka getah di bawah seliaan RISDA.

1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana agensi

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buka akaun bank yang aktif

2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan KaD PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan info bantuan yang lain sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button