BANTUAN KERAJAAN

Senarai Penerima Bayaran Sehingga RM 1,200 STR Fasa Ke Empat

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1, 2 dan 3 telah disalurkan Januari, April dan terbaru iaitu bulan Jun baru-baru ini.Melalui pelaksanaan 3 fasa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini, sebanyak RM4.93 bilion telah pun diperuntukkan khas untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Seperti yang telah dimaklumkan, bantuan ini akan melalui 4 fasa bayaran. Ini bermakna, berbaki 1 fasa bayaran saja lagi. Berikut dikongsikan senarai penerima yang layak pada bayaran STR keempat nanti.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada November nanti.

Namun, ianya tidak mustahil sekiranya bayarannya akan di awalkan sama seperti bayaran Fasa 1, Fasa 2 dan 3 sebelum ini.Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi lagi telah dimaklumkan.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima setiap kategori :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah RM2,500

  • Tiada Anak : RM200
  • 1 – 2 Anak : RM600
  • 3 – 4 Anak : RM900
  • >5 Anak : RM1200

2. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000

  • Tiada Anak : –
  • 1 – 2 Anak : –
  • 3 – 4 Anak : RM300
  • >5 Anak : RM500

3. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200

4. Bujang (21 – 59 tahun) : –

5. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan info bantuan yang lain sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button