BANTUAN KERAJAAN
Trending

Permohonan Bantuan Bernilai RM 500 Bulanan BWE Masih Lagi Dibuka

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini adalah salah satu daripada usaha kerajaan untuk membantu rakyat bagi meringankan dan menambahkan perbelanjaan boleh guna pada setiap bulan.

Untuk makluman anda, bantuan ini berjumlah sebanyak RM500 sebulan dan akan diberikan kepada rakyat yang memenuhi syarat kelayakan sahaja.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Kadar bantuan yang diberikan secara bulanan adalah sebanyak RM500/sebulan.

PERMOHONAN MASIH DIBUKA

Anda perlu membuat permohonan secara atas talian terlebih dahulu melalui portal rasmi JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) DI SINI – DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN

KEMUDIAN,

  1. Pemohon dan wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat JKM yang didaftarkan
  2. Hadir bersama borang permohonan yang siap diisi butirannya.

Borang permohonan boleh anda muat turun di portal rasmi Jkm atau anda boleh muat turun melalui pautan dibawah ini :

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Anda perlu sertakan sekali dokumen yang berikut semasa menghadiri ke pejabat JKM Untuk memudahkan urusan pentadbiran.

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan (BWE) adalah berjumlah sebanyak RM500 sebulan yang akan disalurkan kepada rakyat yang berkelayakan.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sebarang kekeliruan atau pertanyaan, anda boleh melayari langsung ke portal rasmi JKM di https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=VEpUUXV3THFURkZETmxWNjZpQ1BXdz09

Untuk maklumat lanjut dan info bantuan yang lain sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button