BANTUAN KERAJAAN

RM 100 Bantuan Tambahan Khas Akan Diberikan September Ini

Ia adalah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan sehingga Disember.Sebuah bantuan khas tambahan bernilai RM100 turut bakal dikreditkan pada bulan September ini.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN TAMBAHAN RM 600

Pada pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lalu, Kerajaan Perpaduan melalui Perdana Menteri, melancarkan sebuah bantuan tambahan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sedia ada.

Bantuan tambahan ini akan bernilai RM 600 bagi setiap isi rumah dan akan dibayar dalam tempoh 6 bulan berturut-turut.

BANTUAN STR TAMBAHAN

Jumlah STR Tambahan mengikut jumlah tanggungan/anak bagi setiap isi rumah

  • 0 Anak – RM 600
  • 1-2 Anak – RM 600
  • 3-4 Anak – RM 600
  • 5 Dan Ke Atas – RM 600

JUMLAH & TARIKH BAYARAN

Untuk pengetahuan anda, bantuan tambahan STR ini tidak diberikan secara one-off RM 600 tetapi dibayar setiap bulan dalam tempoh 6 bulan.

Bagi yang layak, ia akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak untuk membuat pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih.

Satu lagi perkara penting untuk anda iaitu, STR Tambahan RM 600 ini bukan bantuan kewangan tetapi merupakan bantuan sumbangan bakul makanan & barangan asas.

1. RM 100 – JULAI – 17 JULAI – SELESAI

2. RM 100 – OGOS – SELESAI

3. RM 100 – SEPTEMBER

4. RM 100 – OKTOBER

5. RM 100 – NOVEMBER

6. RM 100 – DISEMBER

KELAYAKAN STR TAMBAHAN

Untuk pengetahuan anda, bukan semua penerima isi rumah STR 2023 layak untuk terima bantuan tambahan ini. Berikut adalah kategori yang layak terima bantuan berkenaan

  • Kategori isi rumah miskin tegar
  • Pendapatan bulanan adalah RM 1,169 dan ke bawah sahaja
  • Penerima STR 2023
  • Tiada had umur

Sekiranya anda merupakan golongan miskin tegar dan telah membuat pendaftaran e-Kasih, anda layak untuk menerima bantuan diatas.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan info bantuan yang lain sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button