BANTUAN KERAJAAN

Kategori B40 Akan Menerima Bayaran Bantuan Tunai Sebanyak RM900

Untuk pengetahuan umum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah kini hanya berbaki 1 lagi fasa bayaran sahaja pada tahun ini iatu FASA 4 .Bantuan tunai STR RM900 akan dibayar kepada isi rumah dari kategori B40 pada pembayaran fasa terakhir nanti.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN TUNAI STR 2023

Program khas bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR telah diperkenalkan pada sidang Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri. Untuk makluman, perlaksanaan inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini telah melibatkan peruntukan dana bantuan terbesar pada tahun ini.

Kategori yang terlibat dalam pemberian bantuan tunai STR adalah bujang, isi rumah dan warga emas. Kadar yang ditawarkan adalah sehingga RM2,500 setahun, jumlah bergantung kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak.

Lebih menarik lagi, penerima sedia ada STR berstatus miskin diberikan insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bernilai RM600. Insentif tambahan dalam bentuk bantuan bakul makanan ini telah mula diagihkan pada bulan Julai 2023.

SEMAKAN STR FASA 4

Untuk makluman, pembayaran STR fasa 4 telah dimaklumkan akan dikreditkan bermula bulan November 2023 secara berperingkat. Pada bayaran fasa akhir nanti, kategori warga emas akan menerima RM200 dan bujang tiada bayaran.

Manakala bagi kategori isi rumah pula akan dibayar sehingga RM1,200 dan kadar mengikut pendapatan bulanan dan bilangan anak. Berikut adalah kadar bayaran yang akan diberikan mengikut kategori.

BANTUAN TUNAI STR RM900 & RM1,200

Bagi pembayaran bantuan tunai STR RM900 dan RM1,200 akan disalurkan kepada kategori isi rumah seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak : RM200
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM600
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM900
  • Mempunyai bilangan anak (5 dan lebih) : RM1,200

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak : RM0
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM0
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM300
  • Mempunyai bilangan anak (5 dan lebih) : RM500

WARGA EMAS (BERUMUR 60 TAHUN KE ATAS)

  • RM200

BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • RM0

SEMAKAN STATUS MYSTR

Kepada penerima sedia ada sumbangan tunai rahmah, anda boleh membuat semakan status bayaran secara online. Untuk semakan sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

Kepada mereka yang tidak lulus STR fasa 3 dan sudah membuat rayuan permohonan. Jika layak anda akan menerima bayaran fasa 3 dan fasa 4 pada bulan November 2023.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan info bantuan yang lain sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button