BANTUAN KERAJAAN

Jadual Pembayaran Bantuan STR FASA 4 Mengikut Akaun Bank Simpanan Penerima

Berikut adalah beberapa informasi yang anda perlu ketahui mengenai STR Fasa 4.Semua turut ambil maklum bahawa pembayaran STR Fasa 4 akan dikreditkan pada bulan November.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 telah dilancarkan oleh kerajaan MADANI. Bantuan ini adalah sehingga RM 2,500 belum termasuk dengan bantuan tambahan bagi isi rumah yang layak.

Pembayaran bantuan ini sudah tentu serba sedikit meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi yang sedang dalam kegawatan ekonomi.

STR FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 merupakan bayaran terakhir untuk STR bagi tahun 2023 ini.

Fasa 1 adalah pada bulan Januari kemudian Fasa 2 pada bulan April bersamaan dengan beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kini Fasa 3 pada bulan Jun lepas.

TARIKH BAYARAN

Pembayan bagi fasa terakhir ini dijangkakan bakal diberikan pada bulan

  • November 2023

Tetapi, belum ada tarikh khusus yang dikeluarkan oleh kerajaan. Perkara ini hanya berpandukan dengan jadual yang dikeluarkan oleh pihak kewangan.

JADUAL BAYARAN MENGIKUT BANK

Mengikut daripada sejarah pembayaran STR Fasa 1 hingga 3, bayaran bantuan selalunya awal 2-3 hari daripada tarikh rasmi.

Sementara itu, kebanyakannya pemegang Bank Simpanan Nasional (BSN) turut akan menerima bayaran lebih awal.

JUMLAH BANTUAN STR FASA 4

Seperti yang anda baca pada pendahuluan di atas, maksimum bayaran STR Fasa 4 untuk PENERIMA BAHARU adalah RM 1,200. Terdapat sedikit perbezaan daripada jumlah bayaran untuk PENERIMA LAMA. Sila semak kategori anda di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH RM 0 – RM 2,500 (B40 & MISKIN TEGAR)

  • Tiada anak : RM 400
  • 1-2 anak : RM 600
  • 3-4 anak : RM 900
  • 5 dan ke atas anak : RM 1,200

KATEGORI ISI RUMAH RM 2,501 – RM 5,000 (M40)

  • Tiada anak : RM 150
  • 1-2 anak : RM 200
  • 3-4 anak : RM 400
  • 5 dan ke atas anak : RM 500

WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 TAHUN DAN KE ATAS)

  • Menerima bayaran RM 300

BUJANG DAN BUJANG OKU

  • RM 200

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan info bantuan yang lain sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button