BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Am Sebanyak RM 350 Sebulan Untuk Pemohon Yang Layak

Program khas ini termasuk dalam senarai skim bantuan kebajikan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sediakan khas untuk rakyat malaysia.

Bantuan Am Persekutuan adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan berjumlah RM350 yang dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN AM RM350

Pihak JKM telah menyediakan beberapa inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan kepada golongan sasar yang memerlukan pada tahun ini antaranya adalah bantuan Am persekutuan. Kadar yang diberikan adalah minimum RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

Perlaksanaan program bantuan ini adalah bertujuan bagi membantu meringankan beban kewangan individu atau keluarga yang kurang berkemampuan. Dengan adanya insentif ini dapat membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

3 jenis syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  2. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)
  3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM yang lain.

CARA MOHON BANTUAN AM

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Panduan cara mohon telah disediakan, sila ke laman utama – eBANTUAN JKM

Bagi memudahkan urusan proses semakan permohonan, anda perlu sediakan dukumen penting seperti di bawah :

  • Salinan kad pengenalan (Pemohon)
  • Salinan kad pengenalan pasangan dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata pendapatan (Jika ada)
  • Sediakan dokumen yang berkaitan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan info bantuan yang lain sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button