KWSP

Pengeluaran Penuh Simpanan KWSP Secara Bersyarat Telah Dibenarkan Untuk Setiap Ahli

Simpanan KWSP terbahagi kepada Akaun 1 dan Akaun 2. Akaun 1 berfungsi untuk pengeluaran secara penuh manakala Akaun 2 pula pengeluaran secara sebahagian mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

Kepada ahli pencarum KWSP, sejak dahulu lagi pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran penuh wang simpanan mengikut syarat yang dibenarkan. 

Sila ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang syarat pengeluaran penuh KWSP.

BERUMUR 55 TAHUN

Ahli yang mencapai usia 55 tahun dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan menjadi Akaun 55. Jika pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

PEKERJA BERPENCEN

Bagi Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh. Definisi pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

KEHILANGAN UPAYA

Ahli KWSP yang mengalami hilang upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka juga layak mendapat RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

MENINGGALKAN NEGARA

Ahli yang telah melepas atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka bagi berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka di KWSP.

KEMATIAN

Apabila ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan mereka boleh dibuat melalui waris terdekat. Oleh hal demikian, pihak KWSP menggalakkan para ahlinya membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekat.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lengkap berkenaan pengeluaran KWSP, boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP.

Untuk maklumat lebih lanjut dan info bantuan yang lain sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button