KWSP

Pengeluaran Khas KWSP FSA2 Telah Diluluskan Minimum Pengeluaran RM3000

Pengeluaran khas FSA2 KWSP ini telah diluluskan oleh pihak kerajaan bermula April lalu bagi membantu ahli membuat pembiayaan pengeluaran ahli.

Kepada pencarum yang menepati terma dan syarat yang ditetapkan kini boleh membuat pengeluaran khas ini melalui institusi perbankan yang terlibat.

PENGELUARAN KHAS FSA2 KWSP

Bagi sedia maklum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah kemudahan yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2. Melalui kemudahan FSA2 ini, ahli KWSP boleh membuat pengeluaran pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan.

Kemudahan pengeluaran khas FSA2 KWSP akan dilaksanakan secara 2 fasa secara keseluruhan.  Buat masa ini permohonan bagi pembiayaan FSA2 fasa 1 telah dibuka dan ahli yang layak boleh memohon pada bila-bila masa sepanjang tahun ini.

MINIMUM PENGELUARAN RM3,000

Jumlah kadar pembiayaan minimum yang dibenarkan adalah RM3,000 dan maksimum sehingga RM50,000. Kadar adalah bergantung kepada baki simpanan dalam akaun 2 KWSP ahli yang mohon.

KRITERIA KELAYAKAN

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan pembiayaan pengeluaran khas FSA2 KWSP fasa 1 yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Ahli KWSP dan Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Mempunyai minimum baki simpanan akaun 2 KWSP sebanyak RM3,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan

Info : Untuk makluman, tarikh permohonan dibuka adalah bermula 7 April 2023. Permohonan boleh dilakukan sepanjang tahun ini.

INSTITUT BANK YANG TERLIBAT

Buat masa ini terdapat 2 institusi perbankan yang terlibat bagi permohonan pembiayaan melalai FSA2 KWSP seperti di bawah :

  • MBSB Bank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)

CARA DAFTAR PEMOHON

Kepada pencarum / ahli KWSP yang berkelayakan, permohonan pembiayaan peribadi melalui FSA2 KWSP boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disedikan, sila layari laman web rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik link dibawah ini.


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button