BANTUAN KERAJAAN

Permohonan Rayuan Bantuan Sehingga RM2500 Dibuka Sehingga 31 Julai 2023

Permohonan bagi bantuan kewangan sehingga RM2500 kini dibuka untuk rayuan.Ianya dibuka untuk mana-mana pemohon STR 2023 yang mendapat keputusan TIDAK LULUS. Permohonan rayuan ini dibuka sehingga 31 Julai.

KATEGORI YANG LAYAK

Terdapat dua kategori sahaja yang layak membuat permohonan rayuan STR 2023 iaitu

  1. Pemohon yang berstatus tidak lulus ATAU
  2. Pemohon yang berstatus lulus STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan rayuan bagi bantuan kewangan hingga RM 2500 bermula 3 Julai hingga 31 Julai ini.

KAEDAH PERMOHONAN

Terdapat dua kaedah yang boleh diikuti bagi individu yang ingin membuat rayuan permohonan.

1. Permohonan secara online

  • Portal Rasmi STR LHDNM
  • Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store

2. Permohonan melalui borang

  • Penghantara borang rayuan STR berserta dokumen berkaitan di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan

JUMLAH BANTUAN STR FASA 3

Bayaran STR Fasa 3 terbahagi kepada dua golongan iaitu penerima lama dan penerima baharu.

1. Jumlah Bantuan Kategori Penerima Lama

Kategori Isi Rumah B40

  • RM 300 – Tiada Anak
  • RM 400 – 1 Hingga 2
  • RM 600 – 3 Hingga 4
  • RM 800 – 5 Ke Atas

Kategori Isi Rumah M40

  • Tiada BAYARAN – Tiada Anak
  • RM 150 – 1 Hingga 2
  • RM 200 – 3 Hingga 4
  • RM 250 – 5 Ke Atas

Kategori Bujang

  • RM 100

2. Jumlah Bantuan Kategori Penerima Baharu

Kategori Isi Rumah B40

  • RM 600 – Tiada Anak
  • RM 900 – 1 Hingga 2
  • RM 1100 – 3 Hingga 4
  • RM 1300 – 5 Ke Atas

Kategori Isi Rumah M40

  • RM 350 – Tiada Anak
  • RM 450 – 1 Hingga 2
  • RM 600 – 3 Hingga 4
  • RM 750 – 5 Ke Atas

Kategori Bujang

  • RM 150

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button