BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Kewangan Berjumlah RM1,000 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia Yang Layak

Untuk makluman anda, Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak atau BKK yang merupakan salah satu bantuan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

TUJUAN BANTUAN KANAK-KANAK

Antara tujuan utama bantuan ini disalurkan adalah untuk;

  1. Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangankanak-kanak mengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanaktermasuk kasih sayang dan perhatian.

SYARAT KELAYAKAN


Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan ini;

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

JUMLAH BANTUAN

  1. Kadar bantuan yang diberikan adalah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah.
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

MAKLUMAT LANJUT

  1. Untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan anda boleh melayari laman rasmi yang tertera di bawah ini :

    https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkk.html

  2. Untuk maklumat lebih lanjut sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button