BANTUAN KERAJAAN

Kategori Ini Akan Menerima Bantuan Tunai Sebanyak RM300 & RM500 Pada Fasa Terakhir

Untuk makluman anda program pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan pada sidang Belanjawan 2023 yang lalu oleh pihak kerajaan yang baru.

Bantuan tunai yang berjumlah RM300 & Rm500 ini akan dikreditkan kepada penerima STR yang layak bagi kategori isi rumah pada bayaran fasa keempat nanti.

BANTUAN TUNAI RAHMAH 2023

Pihak kerajaan telah melancarkan sebuah program bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini. Pemberian bantuan khas ini telah melibatkan peruntukan dana bantuan terbesar pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat.

Jumlah bayaran bantuan yang ditawarkan adalah sehingga RM2,500 dengan tambahan RM600 untuk bantuan bakul kepada penerima berstatus miskin tegar. Kadar yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori kelayakan dan bilangan anak.

Untuk makluman, pada waktu ini pembayaran bagi STR fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 telah selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun lalu. Kini hanya tinggal baki 1 fasa bayaran sahaja lagi.

Fasa pembayaran STR berikutnya dijadualkan mula diagihkan secara berperingkat pada bulan November 2023. Hanya kategori penerima warga emas dan isi rumah sahaja yang akan terlibat pada fasa pembayaran terakhir nanti.

KATEGORI PENERIMA RM300 & RM500

Bagi pengetahuan umum, kategori penerima bantuan tunai RM300 & RM500 bagi STR fasa 4 akan dikreditkan kepada isi rumah golongan M40 seperti di bawah :

  • Kategori isi rumah (Pendapatan RM5,000 kebawah) mempunyai anak (3-4) : RM300
  • Kategori isi rumah (Pendapatan RM5,000 kebawah) mempunyai anak (5 dan lebih) : RM500

Bagi kategori lain, isi rumah pendapatan di bawah RM2,500 akan menerima bayaran dari RM200 hingga RM1,200. Jumlah bergantung bilangan tanggungan anak, manakala kategori warga emas menerima bayaran berjumlah RM200.

Info : Pembayaran STR fasa keempat (4) adalah merupakan insentif terakhir yang akan diberikan pada tahun ini.

SEMAKAN STATUS STR

Kepada mereka yang merupakan penerima sedia ada STR tahun ini, anda boleh membuat semakan status bayaran secara atas talian. Sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

Kepada mereka yang berstatus tidak lulus, permohonan rayuan masih dibuka sehingga 31 Julai 2023. Mereka yang tidak lulus disarankan membuat rayuan sebelum tarikh tutup.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button