BANTUAN KERAJAAN

Bermula Esok 17 Julai 2023 RM600 STR Tambahan (SARa) Akan Dibayar Kepada Yang Layak

Bermula 26 Jun baru-baru ini, rakyat Malaysia telah mula menerima bantuan tunai melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3.

Lebih 8 juta bagi golongan B40 yang layak telah menerima bayaran sehingga RM800.

Selain itu, bantuan ini juga telah menawarkan STR Tambahan dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran RM600. Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (BTR)

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. 

INFO : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan kewangan secara tunai sama seperti bantuan sebelum ini seperti BKM, BPR, BSH dan BR1M.

STR TAMBAHAN RM600

Berikut adalah kategori penerima yang layak :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

TARIKH RASMI BAYARAN

PUTRAJAYA: Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 bermula Isnin, 17 Julai 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

SEMAKAN STR TAMBAHAN

Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :

  • Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan butang carian
  • Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button