BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Kewangan Diberikan Setiap Bulan Sebanyak RM300 Untuk Golongan B40 Yang Berkelayakan

Terdapat sebuah inisiatif bantuan kewangan diberikan setiap bulan kepada pemohon yang layak pada tahun ini sebanyak RM300 untuk setiap pemohon. 

Untuk makluman anda, pihak kerajaan negeri telah menawarkan satu insentif kepada isi rumah yang kurang benasib baik dan memerlukan.

INISIATIF BANTUAN KEWANGAN RM300

Pada tahun 2023, kerajaan negeri bersetuju untuk meneruskan sebuah program inisiatif bantuan kewangan RM300 sebulan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Program bantuan Kehidupan Sejahtera atau lebih dikenali sebagai e-Wallet BINGKAS telah melibatkan peruntukan sebanyak RM108 juta.

Insentif khas ini ditawarkan kepada kira-kira 30 ribu isi rumah (Keluarga) yang berkelayakan pada tahun ini. Kadar bantuan adalah dalam bentuk ewallet sebanyak RM300 dan akan diberikan secara setiap bulan.

Kepada pemohon yang layak boleh membelanjakan insentif BINGKAS ini untuk membeli barangan keperluan asas dan peralatan pendidikan. Penerima yang layak harus menggunakan bantuan khas ini kerana baki amaun tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

Program bantuan khas ini telah dimaklumkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor ketika Pembentangan Bajet negeri 2023.

SYARAT PENDAFTARAN PERMOHONAN

Pihak kerajaan negeri telah menetapkan beberapa syarat kelayakan permohonan bantuan BINGKAS seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Merupakan pengundi berdaftar di Selangor

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan kad pengenalan (Pemohon dan pasangan, jika ada)
  2. Salinan kad pengenalan, Mykid atau surat kelahiran anak atau tanggungan
  3. Salinan sijil penceraian/ kematian/ laporan polis (bagi kategori ibu bapa tunggal)
  4. Salinan slip gaji (Penjawat awam)
  5. Salinan pencen terkini (Pesara)
  6. Pengesahan penyata pendapatan (Bekerja sendiri)
  7. Salinan penyata EA atau KWSP (Pekerja swasta)

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Kepada mereka yang berminat, permohonan boleh dilakukan secara atas talian. Panduan lengkap pendaftaran permohonan bantuan telah disediakan, sila layari laman rasmi BINGKAS – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik link dibawah ini.


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button