BANTUAN KERAJAAN

Mula Dikreditkan Secara Berperingkat Bantuan Tunai Sehingga RM1300 Untuk Satu Keluarga

Bantuan Tunai yang di nyatakan ini mula dikreditkan secara berperingkat dan boleh ditebus tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk maklum anda, pembayaran insentif khas STR kini dalam proses pembayaran fasa ketiga. 

BANTUAN TUNAI SEHINGGA RM1300

Pihak kerajaan telah melaksanakan sebuah bantuan kewangan yang melibatkan peruntukan paling besar dari segi bantuan kepada rakyat. Program pemberian sumbangan tunai rahmah akan dibayar secara berperingkat melalui empat (4) fasa pembayaran.

STR fasa 1 dan fasa 2 telah selesai dibayar pada bulan Januari dan April lalu. Kini bermula 26 Jun, pengkreditan ke dalam bank dan tebus tunai di BSN dijalankan bagi bayaran STR fasa 3.

Pembayaran STR fasa kali ini telah melibatkan bantuan tunai sehingga RM1300 , jumlah adalah tertakluk kepada kategori kelayakan. Dibawah dikongsikan kadar penuh bayaran mengikut kategori penerima.

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Untuk sedia maklum, pembayaran kali ini berbeza sedikit dimana ada 2 jenis bayaran iaitu kepada penerima sedia ada dan penerima baru. Penerima baru adalah pemohonan yang dilakukan pada bulan Mac berstatus lulus.

Berikut adalah jumlah yang akan diterima mengikut kategori seperti di bawah :

PENERIMA SEDIA ADA

Kategori isi rumah (Pendapatan di bawah RM2,500)

  • Tiada anak : RM300
  • 1-2 anak : RM400
  • 3-4 anak : RM600
  • 5 dan lebih : RM800

Isi rumah (Pendapatan di bawah RM5,000)

  • Tiada anak : Tiada bayaran
  • 1-2 anak : RM150
  • 3-4 anak : RM200
  • 5 dan lebih : RM250

PENERIMA BARU

Kategori isi rumah (Pendapatan di bawah RM2,500)

  • Tiada anak : RM600
  • 1-2 anak : RM900
  • 3-4 anak : RM1,100
  • 5 dan lebih : RM1,300

Isi rumah (Pendapatan RM5,000 ke bawah)

  • Tiada anak : RM350
  • 1-2 anak : RM450
  • 3-4 anak : RM600
  • 5 dan lebih : RM750

STATUS BAYARAN & RAYUAN PERMOHONAN

Kepada penerima layak, anda boleh membuat semakan status pembayaran bantuan tunai STR sekiranya masih belum dikreditkan. Kepada mereka yang berada dalam kategori ‘Tidak Lulus’, kalian boleh membuat permohonan rayuan STR.

Permohonan rayuan dibuka sehingga 31 Julai ini, untuk semakan status bayaran atau rayuan. Sila layari portal rasmi bantuan tunai STR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik link dibawah ini.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button