KWSP

Pengeluaran Secara Bulanan Wang Simpanan KWSP Kini Dibenarkan

Melalui informasi terbaru mengenai Pengeluaran KWSP secara bulanan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ia adalah merupakan perkara yang baik khususnya kepada para pencarum KWSP.

PENGELUARAN KWSP SECARA BULANAN

Kerajaan Perpaduan tidak keberatan mengenai cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjadikan pengeluaran secara berkala atau bulanan apabila mencecah usia persaraan 55 tahun yang ketika ini adalah sukarela kepada mandatori bagi ahli baru pada masa depan.

Sudah tentu perkara di atas mampu memudahkan pencarum untuk mengurus duit persaraan dengan lebih cekap kerana pembayaran dilakukan setiap bulan bergantung amaun yang dipinta.

MASIH DI PERINGKAT AKHIR

Walau bagaimanapun, cadangan pengeluaran bulanan KWSP ini belum dilancarkan secara rasmi dan ia masih di peringkat akhir selain melihat beberapa kekangan termasuk jumlah baki simpanan semasa pencarum.

Perdana Menteri tidak keberatan untuk meluluskan perkara tersebut tetapi ada beberapa kekangan di antara pencarum terutama mempunyai simpanan yang kecil.

SIAPAKAH YANG LAYAK

Sekiranya perkara ini diluluskan, golongan apakah yang layak menerima manfaat daripadanya ? Untuk menjawab pertanyaan anda, sila rujuk perkara di bawah.

Hanya pencarum yang mencecah usia 55 tahun ataupun usia persaraan di mana anda sudah boleh membuat pengeluaran PENUH simpanan KWSP.

I-AKAUN KWSP

Selain daripada cadangan pengeluaran secara bulanan tersebut, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut melaksanakan versi baharu Aplikasi i-Akaun KWSP.

Dikatakan versi baharu ini akan menggabungkan ciri-ciri inovatif dan interaktif untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button