BANTUAN KERAJAAN

Kategori Ini Yang Akan Menerima Bantuan Tunai Sehingga Rm1300


Ramai yang keliru dengan kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga ini yang sepatutnya adalah maksimum sebnayak RM800.

Bantuan tunai yang Berjumlah RM1300 ini telah mula dibayar untuk kategori isi rumah bagi permohonan baru dengan cara pengkreditan dan penebusan secara tunai. 

BAYARAN BANTUAN TUNAI RM1300

Untuk makluman anda kadar bayaran bagi penerima sedia ada ialah dari RM150 sehingga RM800. Jumlah adalah bergantung kategori kelayakan masing-masing.

Manakala bagi pendaftaran permohonan baru yang dilakukan pada bulan Mac lalu, mereka yang layak akan menerima bayaran sehingga RM1300 bagi fasa 3. Perkara ini kerana pemohon baru tidak mendapat bayara STR fasa 1 dan fasa 2, oleh kerana itu pembayaran fasa 3 lebih tinggi mereka dapatkan.

KADAR BAYARAN STR FASA 3

Kadar bayaran bantuan tunai RM1300 adalah bergantung kategori kelayakan. Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh permohonan baru yang lulus mendapatkan insentif fasa 3 seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500) B40

  • Tiada anak : RM600
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM900
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM1100
  • Mempunyai tanggungan anak (5 ke atas) : RM1300

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000) M40

  • Tiada anak : RM350
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM450
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM600
  • Mempunyai tanggungan anak (5 ke atas) : RM750

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • Bujang : RM150
  • Warga emas : RM300

Nota : Kadar bayaran diatas adalah bagi penerima bayaran STR fasa ketiga (3) untuk permohonan baru. Bayaran STR dijalankan secara 2 kaedah iaitu secara pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN bagi penerima tiada kad bank.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN TUNAI

Bagi informasi umum, pembayaran sumbangan tunai rahmah sedang diagihkan bermula 26 Jun lalu. Kepada penerima yang lulus dan masih belum mendapat bayaran, anda boleh membuat semakan secara online melalui laman rasmi MySTR – DI SINI

Kepada mereka yang berstatus ‘Tidak Lulus’ jangan khuatir, bermula 3 Julai permohonan rayuan STR dibuka. Pembayaran akan diberikan pada fasa berikutnya.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button