KWSP

RM500 Bantuan Kewangan Khas Untuk Ahli Dan Pencarum KWSP


Ketika pembentangan Belanjawan 2023 lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa setiap pencarum KWSP yang berkelayakan adalah layak untuk menerima bantuan berjumlah RM500.

Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KEWANGAN KWSP RM500

Ketika sesi pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju akan memberi caruman tambahan kepada pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 (Akaun 1) kepada ahli yang layak.

Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir 1 billion ringgit.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima caruman tambahan RM500 ini :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 40 hingga 54 tahun
  • Simpanan KWSP kurang daripada RM10,000

PENGELUARAN CARUMAN TAMBAHAN RM500

Mengikut maklumat rasmi, ahli KWSP yang layak menerima insentif tambahan ini boleh membuat pengeluaran pada waktu tempoh matang.

Selepas ahli berumur 55 tahun dan keatas, pencarum yang berumur kurang daripada 55 tahun tidak boleh membuat pengeluaran tersebut.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. 

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – PORTAL BANTUAN untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button