BANTUAN KERAJAAN

Pembayaran Bantuan STR FASA 3 Akan Dikreditkan Sebelum Aidiladha


Untuk makluman anda, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan 2 telahpun selesai dilaksanakan pada Januari dan April 2023 baru-baru ini.

Melalui pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan 2 ini, sebanyak RM2,93 bilion telah diperuntukkan bagi memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang berkelayakan.

Terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan waktu  bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 nanti. 

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Sebentar tadi, Perdana Menteri telah memberitahu di Dewan Rakyat bahawa pelaksanaan STR Fasa 3 dijangka disalurkan bermula  :

  • Sebelum Aidiladha

Beliau berkata, STR Fasa 3 kali ini akan melibatkan peruntukan RM2 bilion yang akan memanfaatkan 8 juta penerima.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

SYARAT KELAYAKAN STR 2023

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

Berikut adalah kadar bayaran STR Fasa 3 bagi penerima yang layak. Sila rujuk jadual di bawah :
 

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. 

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – PORTAL BANTUAN untuk rujukan penuh maklumat.


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button