BANTUAN KERAJAAN

Senarai Dan Kategori Yang Tidak Akan Menerima Bantuan STR FASA 3

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan Fasa 2 telah dilaksanakan pada Januari dan April lalu. Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.

Ketika pembentangan Belanjawan 2023 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan, bayaran STR 2023 ini akan melalui 4 fasa bayaran.

Untuk makluman semua, terdapat 1 kategori yang tidak layak menerima bayaran STR FASA 3 nanti. Nak tahu kategori apa? Ikuti perkongsian di bawah

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

JADUAL DAN TARIKH BAYARAN

Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini akan melalui 4 fasa bayaran.

Bayaran STR fasa 1 dan 2 telapun dilaksanakan. Bagi Fasa ketiga pula, ianya akan mula dilaksanakan pada :

  • JULAI 2023

Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik diumumkan. Pihak kami jangkakan bayaran akan diawalkan.

TIADA BAYARAN UNTUK KATEGORI INI (STR FASA 3)

Berikut adalah kategori yang tidak akan terima bayaran STR Fasa 3 nanti :

  • Kategori Isi Rumah (RM2501 – RM5000)
    • TIDAK MEMPUNYAI ANAK

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. 

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – PORTAL BANTUAN untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button