BANTUAN KERAJAAN

Tarikh Dan Jumlah Pembayaran STR FASA 3 Kepada Penerima

Untuk makluman anda, pembayaran fasa tiga (3) bantuan tunai STR akan dibayar selepas ini,Seperti yang kita tahu, bayaran Fasa 1 dan 2 selesai dibayar. Oleh itu, ini adalah tarikh bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 seperti yang dijadualkan.

Ketika pembentangan Belanjawan 2023 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan, bayaran STR 2023 ini akan melalui 4 fasa bayaran.

Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai jadual pembayaran STR bagi fasa ketiga.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Objektif utama pelaksanaan bantuan yang dibayar dalam empat peringkat ini adalah untuk membantu rakyat yang layak dengan kelayakan yang ditetapkan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

JADUAL DAN TARIKH BAYARAN

Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini akan melalui 4 fasa bayaran.

Bayaran STR fasa 1 dan 2 telagpun dilaksanakan. Bagi Fasa ketiga pula, ianya akan mula dilaksanakan pada :

  • JULAI 2023

Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik diumumkan. Pihak kami jangkakan bayaran akan diawalkan.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

Berikut adalah jadual dan jumlah bayaran STR Fasa 3 nanti :

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
i: Isi Rumah

  • a) Kahwin; atau
  • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.


ii. Warga Emas Tiada Pasangan

  • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang

  • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. 

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – PORTAL BANTUAN untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button