BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Kewangan Khas RM350 Untuk Belia Diberikan Pada Jun & Julai 2023

Untuk makluman anda, pada bulan jun dan julai ini golongan belia dan bujang akan memndapatkan bayaran untuk bantuan STR dan juga e-Dompet.

Bantuan kewangan untuk belia ini bernilai sebanyak RM350 yang akan diberikan kepada penerima inisiatif khas ini mengikut syarat dan kelayakan. 

BANTUAN KEWANGAN BELIA RM350

Pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas kepada golongan belia berjumlah RM200 dan RM150 pada 2 bulan ini. Inisiatif ini ditawarkan adalah bagi membantu meringankan beban golongan belia dan mahasiswa pada tahun ini.

Jadual bayaran bantuan kewangan untuk belia berjumlah RM350 ini akan diberikan secara berperingkat seperti berikut :

  • Bulan Jun 2023 : Bayaran bantuan e-dompet berjumlah RM200
  • Bulan Julai 2023 : Bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjumlah RM150

BANTUAN E-DOMPET 2023

Untuk sedia maklum, pada sidang Belanjawan 2023 pihak kerajaan telah memaklumkan bantuan (edompet) e-tunai belia rahmah RM200 akan dilancarkan pada bulan Jun. Syarat kelayakan penerima sebelum ini dimaklumkan diberikan kepada belia berumur 18 – 20 tahun.

Namun Perdana Menteri telah mengumumkan bahawan bantuan khas ini akan diperluaskan kepada kumpulan mahasiswa tanpa mengira had kelayakan umur. Bantuan ini akan dilaksanakan pada bulan ini dengan kadar RM200 seorang.

Dijangka perlaksanaan bantuan edompet ini akan dijalankan seperti tahun lalu, dimana pemohon boleh tebus kredit percuma ini melalui aplikasi pilihan. Seperti Bigpay, Touch N Go ewallet, grabpay dan Shopeepay dan tarikh permohonan akan dikemaskini selepas pengumumkan dari kerajaan.

STR BUJANG FASA KETIGA 2023

Bagi pembayaran STR fasa ketiga kategori bujang akan dikreditkan dengan nilai RM350. Pemberian akan dijalankan secara berperingkat pada bulan depan (Julai).

Bagi pengetahuan umum, pemberian STR 2023 untuk kategori bujang akan dibayar sehingga fasa ketiga sahaja. Pembayaran fasa keempat dijadualkan pada bulan November nanti untuk bujang tiada pembayaran.

Untuk penerima sedia ada STR, anda boleh menyemak status pembayaran sumbangan tunai rahmah secara online. Sila layari portal rasmi bantuan tunai MySTR – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. 

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – PORTAL BANTUAN untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button