KWSP

Panduan Permohonan e-Pengeluaran KWSP Untuk Tujuan Peribadi

Untuk makluman anda ,pencarum boleh membuat permohonan e-pengeluaran KWSP selagi ianya masih menepati syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.

Ini adalah kemudahan yang di sediakan kepada ahli dan pencarum yang ingin membuat pengeluaran tujuan peribadi yang telah tersedia.

KEMUDAHAN PENGELUARAN KWSP

Tahukah anda, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan epengeluaran KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi seperti berikut :

  • Pengeluaran wang untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah sendiri
  • Pengeluaran untuk membeli rumah baru
  • Pengeluaran untuk membina rumah
  • Pengeluaran untuk menyelesaikan hutang PTPTN
  • Rawatan perubatan
  • Pendidikan dan lain-lain lagi

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

Pihak KWSP telah meletakkan beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk memohon seperti berikut :

  • Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Pengeluaran tidak dibenarkan melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Mematuhi syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Bayaran diberikan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank semasa / simpanan ahli atau rakan strategik

PANDUAN PERMOHONAN

Berikut telah disediakan langkah-langkah panduan permohonan melalui kemudahan epengeluaran KWSP 2023.

Langkah pertama : Sila layari portal rasmi KWSP

Langkah kedua : Anda perlu log masuk ke i-akaun KWSP

Step ketiga : Di paparan halaman utama anda sila tekan ‘Pengeluaran’

Langkah keempat : Selepas ini sila tekan ‘Permohonan Baru’

Langkah kelima : Pada ruangan bahagian jenis pengeluaran, anda perlu pilih tujuan pengeluaran dilakukan seperti membeli / membina rumah atau sebagainya.

Step keenam : Pada bahagian nama institusi, anda perlu pilih nama bank tempat anda membeli rumah atau berkaitan

Step ketujuh : Pemohon perlu ikuti langkah dan lengkapkan maklumat yang diperlukan sehingga selesai

Langkah kelapan : Setelah selesai dalam masa beberapa hari pemohon akan menerima pesanan SMS yang menyatakan. Pemohon perlu ke cawangan KWSP berhampiran untuk tujuan pengesahan cap jari

Nota : Keputuan epengeluaran ini akan mengambil masa kira-kira dalam 10 hari bekerja.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. 

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – PORTAL BANTUAN untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button