BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Kewangan Bernilai RM2,500 Khas Untuk Golongan B40 & M40

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dilaksanakan bermula 17 Januari lalu. Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.

Kali ini, pihak kami ingin kongsikan kepada anda mengenai jumlah keseluruhan yang akan diterima. Ada kategori yang akan terima bayaran maksimum RM3100.

Sila ikuti perkongsian dibawah mengenai bantuan ini.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Menurut Perdana Menteri, pembayaran STR Fasa 1 Januari lalu, seramai 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

BANTUAN SEHINGGA RM2,500

Berikut adalah jadual bagi jumlah bayaran yang akan di terima dalam STR 2023 ini :

KATEGORI TERIMA MAKSIMUM RM3,100

Berbeza dengan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kali ini, setiap isi keluarga yang layak akan menerima bayaran maksimum RM3100. Berikut adalah kategorinya :

Kategori Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 ke bawah
  • Mempunyai anak 5 orang keatas

Kategori ini akan menerima bayaran berjumlah RM2,500. Bukan itu sahaja, kategori ini bakal menerima STR Tambahan berjumlah RM600. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang akan diterima berjumlah RM3100.

Info : RM600 tambahan ini bukanlah secara tunai, tapi ianya akan diberikan melalui baucar makanan.

SEMAKAN STR 2023

Terbaru, pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

SYARAT KELAYAKAN STR 2023

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. 

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – PORTAL BANTUAN untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button