BANTUAN KERAJAAN

Permohonan Bantuan MySalam Bernilai RM700 Sehingga RM8,000 Untuk Yang Berkelayakan

 

Untuk makluman anda, ini adalah sebuah skim perlindungan yang disediakan oleh kerajaan dan dikenali sebagai MySalam berjumlah RM700 sehingga Rm8,000

Bantuan ini boleh dituntut oleh mana-mana individu selagi ianya masih memenuhi syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.

BANTUAN KEWANGAN MYSALAM

Bantuan khas tersebut dikenali sebagai MySalam. Ia merupakan sebuah inisiatif skim perlindungan takaful kesihatan percuma oleh kerajaan yang diberikan kepada individu yang layak melalui Tabung Amanah MySalam.

Bantuan MySalam ini akan diberikan kepada golongan B40 yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rakyat (STR). Melalui inisiatif ini, tujuan utama adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah atau B40 mengatasi masalah melibatkan kewangan yang disebabkan penyakit kronik.

BANTUAN RM700

Melalui Skim Perlindungan Masyarakat MySalam, pihak kerajaan telah memperkenalkan perlindungan percuma kesihatan takaful kepada 6.8 juta rakyat Malaysia setakat 2022.

Manfaat yang bakal diterima adalah seperti berikut                                                                                                                                                                                                                                1.Bayaran RM 8,000 sekiranya layak dengan jenis penyakit yang dihidapi                                                                                                                                                                                         2.Menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM 50 sehari atau            bersamaan RM 700 setahun

SYARAT KELAYAKAN

Untuk pengetahuan anda, syarat kelayakan bagi MySalam adalah seperti berikut :

  • Merupakan Warganegara Malaysia & Kategori B40 STR 

  • Berumur 18 hingga 65 tahun dan pasangan 

  • Berumur 40 hingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM 24,000
  • Individu OKU berumur 18 hingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM 24,000

TARIKH BAYARAN

Tarikh bayaran bagi bantuan kewangan RM 700 ini adalah pada bila-bila masa sahaja sekiranya anda layak.

CARA SEMAK KELAYAKAN

Ini adalah cara untuk semak kelayakan MySalam anda untuk mengetahui sama ada layak atau tidak bagi penebusan bantuan MySalam
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan semak

  • Sekiranya nama anda tertera disitu maka anda layak terima bantuan MySalam

SENARAI PENYAKIT YANG DILINDUNGI MYSALAM

Sekiranya anda penerima MySalam dan menghidap penyakit di bawah, anda layak untuk terima bantuan MySalam

  • Alzheimer / Demensia Teruk

  • Meningtis Bakteria

  • Kanser

  • Pembedahan Otak

  • Koma

  • AIDS Gejala Penuh

  • Jangkitan HIV

  • Serangan Jantung

  • Strok / Angin Ahmar

  • HIV

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. 

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – PORTAL BANTUAN untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button