BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Kredit e-Wallet Berjumlah RM3,600 Keseluruhan Untuk B40 Secara Percuma

Untuk makluman anda, pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan tunai yang dikenali sebagai BINGKAS.

Permohonan bantuan e-wallet BINGKAS berjumlah RM300 sebulan ini dibuka sepanjang tahun untuk golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

BANTUAN KREDIT E-WALLET

Bantuan kredit e-wallet melalui program BINGKAS ini, ianya akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas dan keperluan pendidikan agar kualiti hidup rakyat Selangor terus makmur. 

Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau telah melancarkan bantuan ewallet ini ketika membentangkan belanjawan negeri 2023.

KADAR BANTUAN

Mengenai kadar bantuan ini, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan sebanyak :
  • RM 300 / bulan (ditambah nilai secara automatik)

Ini bermakna bantuan ini akan disalurkan sebanyak RM 3,600 setahun kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

MANFAAT BINGKAS

Penerima yang layak, mereka akan menerima manfaat sepeti berikut :    

SENARAI BARANG

Berikut merupakan senarai barang keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian dalam program BINGKAS ini :

SYARAT PERMOHONAN

Untuk mengetahui lebih tentang syarat permohonan program ini. Sila semak pautan ini BINGKAS

Program ini dibuka untuk :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

CARA MEMOHON

Untuk memohon bantuan ini, anda perlu :

  • Perlu memuat naik applikasi SELangkah dan WavPay E-Wallet di telefon pintar anda untuk proses pembayaran manfaat.
  • Untuk maklumat lanjut, Sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. 

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – PORTAL BANTUAN untuk rujukan penuh maklumat.

                                

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button