BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Untuk Isi Rumah Bernilai RM500 Sebulan Bagi Yang Berkelayakan

Untuk makluman anda, agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah penaung untuk bantuan ini .Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Anak Pelihara (BAP) yang disediakan untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan. 

BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)

Bantuan ini disalurkan dengan tujuan seperti;

  • Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
  • Bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

JUMLAH BAYARAN

Kadar bayaran bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi penerima bantuan ini.

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
    1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.
    2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa.
    3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM.
    2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

PERMOHONAN DIBUKA

Untuk pengetahuan anda, bantuan Anak Pelihara (BAP) ini masih dibuka. oleh itu, kepada sesiapa yang menepati syarat kelayakan digalakkan untuk memohon bantuan ini.

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN

Anda boleh melayari laman web rasmi JKM yang tertera di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan dan membuat permohonan.

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bap.html

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan.

 Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh seterusnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button