Uncategorized

Senarai Penerima Bantuan Tunai Rm800 Fasa Ketiga Yang Diumumkan

Untuk makluman anda, pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini hanya tinggal berbaki 2 fasa pembayaran sahaja lagi.

Untuk bantuan tunai bagi fasa ketiga ini ianya akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan tidak lama lagi.

BANTUAN TUNAI FASA KETIGA

Untuk maklum anda, pemberian STR dalam bentuk bantuan tunai telah diperkenalkan pada tahun ini untuk rakyat Malaysia. Pemberian bantuan STR dibayar secara berperingkat melaluk empat (4) fasa pembayaran.

Bayaran STR bagi fasa pertama dan kedua telah selesai diagihkan pada bulan Januari dan April 2023 kepada penerima sedia ada. Selepas ini adalah pembayaran fasa ketiga yang dijadualkan akan disalurkan pada awal bulan Julai 2023.

Senarai penerima yang akan terbabit adalah bagi kategori bujang, warga emas dan isi rumah. Bagi kategori bujang, mereka akan menerima bayaran terakhir bantuan STR pada fasa 3.

JUMLAH BAYARAN FASA KETIGA MENGIKUT KATEGORI

Pada bayaran kali ini, jumlah bantuan adalah berbeza mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

KATEGORI BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • RM150 seorang

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 seorang

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN DI BAWAH RM2,500 SEBULAN) B40

  • Tidak mempunyai anak – RM300
  • Mempunyai anak (1-2 orang) – RM400
  • Mempunyai anak (3-4 orang) – RM600
  • Mempunyai anak (5 dan lebih) – RM800

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 -RM5,000 SEBULAN) M40

  • Tiada mempunyai anak – Tiada bayaran
  • Mempunyai anak (1-2 orang) – RM150
  • Mempunyai anak (3-4 orang) – RM200
  • Mempunyai anak (5 dan lebih) – RM250

Nota : Bagi penerima kategori isi rumah yang merupakan golongan miskin tegar layak menerima bantuan tambahan bernilai RM600 dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI

Kepada penerima sedia ada dan permohonan baru STR, kini anda boleh membuat semakan status bayaran secara atas talian. Sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan.

 Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button