BANTUAN KERAJAAN

TERKINI : Permohonan Bantuan Kewangan RM180 Sebulan Telah Dibuka

Pelbagai jenis bantuan yang telah dilancarkan dan diberikan oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan bagi membantu untuk meringankan beban rakyat.

Salah satunya adalah Bantuan Kewangan RM180 sebulan, dan ini adalah merupakan sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan pada sidang Belanjawan 2023 yang lalu untuk rakyat Malaysia.

BANTUAN KEWANGAN RM180 SEBULAN

Untuk makluman anda, salah satu inisitif yang dilaksanakan pada tahun ini adalah pemberian bantuan yuran subsidi sebanyak RM180. Insentif khas yang diberikan setiap bulan ini adalah bagi meringankan beban yang ditanggung oleh golongan penjawat awam yang mempunyai anak di peringkat taska.

Bantuan kewangan khas ini ramai yang masih tidak tahu, kepada anda atau ahli keluarga yang mempunyai anak yang perlu dihantar ke taska boleh membuat permohonan ini. Butiran maklumat dibawah adalah syarat kelayakan dan panduan permohonan bagi bantuan yuran subsidi khas ini.

SYARAT KELAYAKAN

Dibawah adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan khas ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Mempunyai anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftarkan di taska
  • Penjawat awam yang berpendapatan bulanan dibawah RM7,000
  • Hanya taska di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja boleh memohon

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada ibu bapa atau penjaga yang berminat dan berkelayakan, permohonan bantuan kewangan RM180 ini boleh dilakukan secara online. Panduan permohonan telah disediakan di laman rasmi Bantuan Yuran Taska – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan.

 Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button