BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Sara Hidup Bernilai RM300 Diberikan Setiap Bulan

Pihak kerajaan negeri mahupun persekutuan telah memberikan pelbagai insetif yang berbentuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan.

Salah satu bentuk bantuan yang diberikan kepada rakyat adalah Bantuan Sara Hidup RM300 (BSH) yang diberikan setiap bulan kepada mereka yang berkelayakan untuk menerima inisiatif khas ini.

BANTUAN SARA HIDUP RM300

Salah satu inisiatif yang disediakan oleh kerajaan adalah Bantuan Sara Hidup RM300 yang diberikan kepada mereka yang berkelayakan. Pihak kerajaan melalui (JHEV) iaitu Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah menyediakan bantuan secara bulanan sebanyak RM300.

Inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini diberikan setiap bulan bagi membantu meringankan beban sara hidup harian penerima. Untuk maklum anda, permohonan yang diluluskan akan berkuat kuasa selama tiga (3) tahun dari bulan pertama pembayaran diberikan.

Setiap permohonan akan dinilai semula bagi tempoh tiga tahun tersebut. Hal ini bagi memastikan sama ada penerima BSH masih layak atau tidak diteruskan bayaran bantuan khas ini.

Inidividu yang ingin membuat permohonan bagi melanjutkan bayaran bantuan BSH sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh 3 tahun berkenaan.

KADAR BANTUAN BSH

Kepada pemohon yang layak akan menerima insentif bayaran BSH bernilai RM300 setiap bulan, bayaran akan diberikan secara automatik selama 3 tahun.

SYARAT KELAYAKAN & PANDUAN PERMOHONAN

Kepada mereka yang ingin mendapatkan insentif khas ini, permohonan boleh dilakukan secara atas talian. Panduan permohonan dan syarat kelayakan telah disediakan, sila layari laman rasmi JHEV – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan. 

Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button