BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Kewangan e-Kasih bernilai RM600 Telah Diumumkan

Untuk makluman, kerajaan perpaduan dengan tema Malaysia MADANI akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial.

Disamping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tata kelola baik pada tahun ini. Pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan yang lebih memfokuskan membantu golongan sasar yang terdiri daripada kumpulan B40 dan keluarga miskin tegar.

BANTUAN TAMBAHAN RM600

Untuk maklum anda, inisiatif tambahan berjumlah RM600 ini akan diberikan kepada golongan keluarga miskin yang terdiri daripada penerima STR sedia ada. Pembayaran akan dberikan dalam bentuk bantuan bakul dan makanan asas.

Bantuan tambahan ini akan dibekalkan selama 6 bulan kepada penerima STR yang layak mendapatkannya. Senarai penerima yang layak adalah terdiri daripada keluarga miskin, semakan boleh dilakukan melalui portal e-kasih.

JADUAL BAYARAN MENGIKUT FASA

Seperti sedia maklum, pemberian bantuan tunai STR fasa 1 dan 2 telah selesai diagihkan pada bulan Januari dan April 2023. Kini berbaki 2 lagi pembayaran akan disalurkan iaitu pada bulan Julai (fasa 3) dan November (fasa4), bayaran akan diberikan secara berperingkat sama semperti sebelum ini.

KADAR BAYARAN FASA BERIKUTNYA

Bayaran seterusnya dijadualkan akan dibayar pada bulan Julai 2023, kadar bayaran adalah berbeza mengikut kategori kelayakan masing-masing. Berikut dikongsikan maklumat berkenaan jumlah bayaran STR fasa 3 yang akan diberikan seperti di bawah :

KATEGORI BUJANG (21 HINGGA 59 TAHUN)

  • Jumlah bayaran fasa 3 adalah sebanyak RM150

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • Jumlah bayaran fasa 3 sebanyak RM200

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 DAN KEBAWAH)

  • RM300 : Tiada anak
  • RM400 : Mempunyai 1-2 orang anak
  • RM600 : Mempunyai 3-4 orang anak
  • RM800 : Mempunyai 5 atau lebih orang anak

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada bayaran : Tiada anak
  • RM150 : Mempunyai 1-2 orang anak
  • RM200 : Mempunyai 3-4 orang anak
  • RM250 : Mempunyai 5 atau lebih orang anak

BANTUAN TAMBAHAN UNTUK KATEGORI ISI RUMAH

  • Bantuan tambahan RM600 diberikan kepada kategori isi rumah yang berstatus miskin tegar melalui data e-kasih.

SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)

Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :

  • Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan butang carian
  • Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan. 

Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button