BANTUAN KERAJAAN

Bantuan e-Tunai Berjumlah Rm200 Diberikan Untuk Golongan B40

Belanjawan 2023 telah dibentangkan semula susulan pertukaran kerajaan lama kepada Kerajaan Perpaduan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 lalu.

Melalui pembentangan tersebut, pelbagai inisiatif dan bantuan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selaku Menteri Kewangan.

Salah satu bantuan yang terkandung dalam pembentangan tersebut adalah pihak kerajaan bersetuju akan memberikan bantuan e-wallet kepada golongan belia.

BANTUAN E-TUNAI 2023

Pada pembentangan Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan program bantuan etunai belia rahmah. Inisiatif ini akan ditawarkan kepada kira-kira 2 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada kumpulan belia.

Tujuan perlaksanaan bantuan ini selain daripada memberi manfaat kepada golongan mahasiswa, ia juga secara langsung memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Kadar bayaran juga turut dinaikkan berbanding tahun lalu dan tanpa mengira had umu

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berdasarkan tahun lalu, bantuan ewallet ini ditawarkan kepada golongan yang menepati syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Individu belia mencapai umur 18 sehingga 20 tahun
  • Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

PENYEDIA PERKHIDMATAN

Dijangka beberapa penyedia perkhidmatan akan terlibat dalam program bantuan e-tunai belia rahmah 2023 untuk pemohon menebus insentif seperti berikut :

  • BigPay
  • ShopeePay
  • GrabPay
  • Tounch N Go Ewallet

Nota : Aplikasi perkhidmatan berdasarkan bantuan ewallet tahun lalu. Bantuan khas kredit e-tunai belia rahmah ini telah diumumkan pada pembentangan BELANJAWAN 2023

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN

Pada tahun lalu, bantuan ePemula dilaksanakan pada bulan April hingga Jun 2022. Bagi bantuan e-tunai 2023, masih belum ada kenyataan rasmi berkenaan tarikh permohonan.

Dijangkakan selewat-lewatnya pada pertengahan tahun ini akan dilaksanakan, segala maklumat terkini berkenaan bantuan khas untuk belia ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan.

 Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button