BANTUAN KERAJAAN

Jenis Dan Kategori Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Bulan Mei Ini

Pada April lalu, kerajaan telah membenarkan para pencarum membuat permohonan pengeluaran KWSP melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2). Tetapi, bukan itu yang dituntut oleh rakyat.

Namun terdapat beberapa jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada bulan ini selagi menepati syarat dan kelayakan.

PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN MEI INI

Untuk makluman, terdapat beberapa pengeluaran KWSP dibenarkan untuk pencarum. Pengeluaran boleh dilakukan sekiranya menepati syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Untuk pengetahuan umum, jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan ini boleh dimohon. Sila semak kategori pengeluaran KWSP yang dibenarkan di bawah.

PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN

Ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, secara rasmi telah mencapai tempoh matang. Ahli boleh membuat pengeluaran penuh atau secara fleksibel bagi kesemua baki simpanan ahli.

Pengeluaran secara penuh untuk simpanan akaun 1 dan akaun 2 boleh dilakukan pada usia 55 tahun.

PENGELUARAN UMUR 50 TAHUN

Kepada ahli / pencarum yang sudah mencapai umur 50 tahun dan ke atas, anda boleh membuat pengeluaran sebahagian atau kesemua simpanan dalam Akaun 2 KWSP. Ini adalah kemudahan sebagai persediaan untuk persaraan ahli.

PESARA BERPENCEN DAN PILIHAN

Pekerja berpencen bermaksud adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan mana-mana dibawah undang-undang bertulis. Yang menjelaskan pengambilan pekerja dalam perjawatan berpencen oleh kerajaan Malaysia.

Bagi kategori ini, pengeluaran dibenarkan dilakukan sekali sahaja sebelum mencapai umur 55 tahun setelah dibuka taraf pekerja berpencen.

SYARAT KELAYAKAN DAN PANDUAN

Kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran KWSP, sila semak syarat kelayakan dan panduan permohonan yang telah disediakan. Sila layari laman rasmi KWSP –DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini selain daripada pengeluaran KWSP yang dibenarkan, terdapat pelbagai insiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan.

 Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – KLIK DISINI – Untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button