BANTUAN KERAJAAN

Bantuan RM150 Tunai Untuk Bujang Dibayar Secara Berperingkat

Untuk makluman anda, pembayaran fasa tiga (3) bantuan tunai STR akan dibayar selepas ini,dan bantuan tunai bujang RM150 akan dibayar pada bulan Julai 2023 secara berperingkat diseluruh negara dan ini adalah pembayaran bantuan terakhir untuk rakyat yang berstatus bujang.

BANTUAN TUNAI BUJANG RM150

Untuk pengetahuan umum, bayaran bantuan STR bujang hanya akan diberikan pada fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 sahaja. Pada bayaran fasa keempat (4) bagi kategori bujang tidak akan menerima sebarang bayaran. Hanya isi rumah dan warga emas yang akan menerima bayaran.

Pemberian inisiatif sumbangan tunai rahmah (STR) melibatkan 3 kategori kelayakan iaitu bujang, warga emas dan isi rumah (berkeluarga). Jumlah bayaran adalah berbeza bergantung kelayakan dan jumlah bilangan tanggungan anak pemohon bagi kategori isi rumah.

Bagi kategori bujang, jadual bayaran dan kadar bayaran sumbangan tunai rahmah (bantuan tunai) pada tahun ini adalah seperti berikut :

  • STR fasa 1 (bujang) : Bermula Januari 2023 (RM100)
  • STR fasa 2 (bujang) : Bermula April 2023 (RM100)
  • STR fasa 3 (bujang) : Bermula Julai 2023 (RM150)
  • STR fasa 4 (bujang) : Bermula November 2023 (tiada bayaran)

Nota : Ini bermakna golongan bujang akan menerima bayaran bantuan STR terakhir pada pembayaran fasa ketiga dengan jumlah kadar sebanyak RM150.

Bagi yang tidak tahun, penerima sedia ada STR 2023 berdasarkan data maklumat penerima bantuan tunai tahun lalui iaitu BKM 2022. Permohon baru STR telah dibuka sepanjang bulan Mac lalu, kini hanya tinggal baki 2 fasa pembayaran sahaja bagi bantuan sumbangan tunai rahmah tahun ini.

SEMAKAN STATUS STR BUJANG

Kepada penerima sedia ada dan pendaftaran permohonan baru STR bagi kategori bujang, anda boleh membuat semakan status STR anda secara online. Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI untuk semakan status bayaran STR tahun ini.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini selain daripada pengeluaran KWSP yang dibenarkan, terdapat pelbagai insiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan.

 Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – KLIK DISINI – Untuk rujukan maklumat penuh.


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button