BANTUAN KERAJAAN

RM400 Kredit Shopee Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Untuk makluman anda, terdapat satu proram yang telah ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat iaitu kempen penjimatan air 4.0.

Di halaman ini telah disediakan rujukan kepada masyarakat panduan dan cara-cara untuk menebus kredit Shopee bernilai RM400 untuk rakyat Malaysia.

KEMPEN JIMAT AIR 4.0

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan hasil kerjasama Shopee kini telah melancarkan kempen jimat air 4.0. Program ini dilaksanakan adalah bagi tujuan untuk menggalakan rakyat Malaysia menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh dan sebagainya.

Menerusi inisiatif program khas ini, pemohon boleh mendapatkan baucar rebat RM400 yang akan diedarkan kepada pengguna yang berkelayakan. Baucar kredit tersebut digunakan untuk pembelian produk-produk jimat air untuk kegunaan rumah masing-masing.

OBJEKTIF

Untuk pengetahuan umum, kempen jimat air 4.0 ini dilaksanakan dengan hasil kerjasama diantara pihak Suruhanjaya perkhidmatan air negara dan Shopee. Kempen ini adalah kesinambungan dari program jimat air 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Kepada mereka yang ingin menyertai kempen jimat air ini, anda hanya perlu mengesahkan melalui akaun ShopeePay anda.

CARA TEBUS KREDIT SHOPEE RM400

Kepada mereka yang ingin membeli barangan keperluan barang perkakas jimat air, anda boleh tebus baucar kredit shopee ini secara online selagi menepati syarat kelayakan. Sila layari laman rasmi kempen jimat air 4.0 DI SINI

Berikut adalah tiga (3) jenis baucar yang bolehh ditebus seperti dibawah :

  • Baucar bernilai RM200 untuk membeli barang (mesin basuh)
  • Baucar diskaun untuk mendapatkan kepala paip (diskaun sehingga 50 peratus)
  • Baucar bernilai RM150 untuk mendapatkan kelengkapan mandi dan jamban
Nota : Sekiranya anda mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khas pihak SPAN di – 03 8317 833. Atau menghantar e-mel ke alamat wepls@gov.my.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. 

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button