BANTUAN KERAJAAN

Bantuan e-Wallet RM300 Sebulan Untuk Golongan Yang Memerlukan


Untuk makluman anda, pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan tunai yang dikenali sebagai BINGKAS.

 Permohonan bantuan e-wallet BINGKAS berjumlah RM300 sebulan ini dibuka sepanjang tahun untuk golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

PERMOHONAN BANTUAN E-WALLET BINGKAS 2023

Untuk makluman umum, program bantuan khas ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini dan masih releven diteruskan pada tahun ini. Pada tahun 2023, program bantuan ewallet BINGKAS telah melibatkan peruntukan bantuan sebanyak RM108 juta untuk diberikan kepada 30 keluarga yang berkelayakan.

Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau telah melancarkan bantuan ewallet ini ketika membentangkan belanjawan negeri 2023.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN

Pihak kerajaan telah menetapkan kriteria syarat kelayakan bagi permohonan bantuan ewallet BINGKAS seperti berikut :

  • Pemohonan dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Keluarga (isi rumah) yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM3,000
  • Merupakan anak kelahiran negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
Nota : Bantuan ewallet (e-dompet) ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar secara tanpa tunai (cashless). Kepada pemohon yang layak, jumlah ewallet akan ditambah secara automatik ke paras RM300 setiap bulan.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN E-WALLET BINGKAS

Kepada warganegara yang memerlukan dan menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online). Paduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi BINGKAS – DI SINI

Untuk memudahkan proses semakan permohonan dilakukan, sila sertakan dokumen pentinga yang diperlukan seperti berikut :

  • Sediakan salinan kad pengenalan (IC) pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan / MyKid atau surat lahir anak
  • Salinan sijil penceraian / kematian / surat laporan polis (bagi kategori ibu bapa tunggal)
  • Salinan penyata EA atau KWSP bagi pekerja swasta
  • Salinan slip gaji atau pencen terkini bagi penjawat awam dan pesara
  • Pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi yang bekerja sendiri.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. 

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button