BANTUAN KERAJAAN

STR FASA 3 : Tarikh Pembayaran & Jumlah Bayaran Bagi STR FASA 3


Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 ini adalah merupakan pembayaran untuk fasa seterusnya kepada rakyat Malaysia yang layak.

Untuk  makluman anda sekarang ini STR fasa 2 sedang dibayar secara tunai kepada penerima bermula pada 5 April 2023.

BAYARAN STR FASA 3

Untuk makluman anda, pihak kerajaan telah memaklumakan bahawa penerima bayaran STR fasa kedua adalah berdasarkan rujukan fasa pertama. Ini bermakna permohonan baru dan kemaskini STR, bayaran akan diberikan pada fasa seterusnya iaitu ketiga.

Kadar bayaran yang akan diagihkan pada STR fasa 3 ini adalah berbeza mengikut kategori kelayakan.

 Di bawah ini telah disediakan maklumat berkenaan senarai kategori penerima dan jumlah bayaran yang akan diperolehi setiap penerima STR fasa 3.

JUMLAH BAYARAN FASA 3 MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah bayaran yang akan diterima mengikut kategori kelayakan seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,500 KE BAWAH)

  • Bilangan anak (0) : RM300
  • Bilangan anak (1-2) : RM400
  • Bilangan anak (3-4) : RM600
  • Bilangan anak (5 dan lebih) : RM800

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,501 – RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : Tiada bayaran
  • Bilangan anak (1-2) : RM150
  • Bilangan anak (3-4) : RM200
  • Bilangan anak (5 dan lebih) : RM250

KATEGORI WARGA EMAS SEBATANG KARA

  • RM200

BUJANG (TIADA PASANGAN)

  • RM150

Nota : Pembayaran sumbangan tunai rahmah fasa 3 akan diberikan secara berperingkat seperti fasa 1 dan 2. Kaedah pembayaran akan diberikan secara kredit terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima yang tidak mempunyai kad bank.

JADUAL BAYARAN

Untuk makluman umum, pembayaran STR fasa 3 akan diberikan pada bulan Julai 2023. Namun masih belum ada tarikh rasmi dimaklumkan, segala maklumat terkini berkenaan bayaran STR akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS STR 2023

Kepada yang ingin membuat semakan status STR akaun anda, sila layari laman rasmi MySTR –DI SINI

Anda perlu log masuk MySTR dan maklumat status anda akan dipaparkan pada skrin.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan.

 Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.


Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button