BANTUAN KERAJAAN

Bantuan RM200 e-Dompet Untuk Golongan B40 Tahun Ini

Belanjawan 2023 telah dibentangkan semula susulan pertukaran kerajaan lama kepada Kerajaan Perpaduan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 lalu.

Melalui pembentangan tersebut, pelbagai inisiatif dan bantuan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selaku Menteri Kewangan.

Salah satu bantuan yang terkandung dalam pembentangan tersebut adalah pihak kerajaan bersetuju akan memberikan bantuan e-Dompet kepada golongan belia.

BANTUAN e-DOMPET 2023

Pada sidang Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bantuan e-Dompet akan dilaksanakan pada tahun ini untuk golongan belia. Baru-baru ini Perdana Menteri telah memberitahu bahawa inisiatif ini akan diberikan kepada semua golongan mahasiswa.

Bantuan e-Dompet ini adalah sama seperti bantuan tahun sebelum ini iaitu eBelia (2021) dan ePemula (2022). Apa yang lebih menarik, bantuan tahun ini telah dinaikkan kadar bayaran bernilai RM200 berbanding tahun sebelum RM150.

KRITERIA KELAYAKAN

Dibawah telah disediakan kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan belia B40
  • Berumur 18-20 tahun
  • Mahasiswa berumur 21 tahun keatas.

KAEDAH BAYARAN

Jika berpandukan bantuan e-Dompet yang ditawarkan pada tahun sebelum ini, anda boleh menebus bantuan e-dompet ini dari aplikasi pilihan seperti berikut:

  • ShopeePay
  • GrabPay
  • Touch N Go eWallet
  • BigPay

TARIKH PERLAKSANAAN BANTUAN e-DOMPET 2023

Untuk makluman anda, tarikh rasmi perlaksanaan bantuan khas ini masih belum dimaklumkan. Namun mengikut tahun lalu, dijangka bantuan ini akan dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.

Segala maklumat berkenaan bantuan e-dompet akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Bantuan e-dompet ini telah diumumkan pada sidang BELANJAWAN 2023 yang dibentang pada bulan Februari lalu.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan.

 Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button