BANTUAN KERAJAAN

KWSP FSA 2 : Pengeluaran Boleh Dilakukan Sebelum Aidilfitri

KWSP FSA 2 atau dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 adalah merupakan kemudahan pembiayaan untuk pencarum yang ingin membuat pengeluaran. Untuk makluman anda, lebih empat (4) juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berkelayakan untuk memohon pengeluaran KWSP FSA2 sebelum aidilfitri ini.

PELANCARAN KWSP FSA 2

Program kemudahan pembiayaan fasiliti sokongan akaun 2 atau pembiayaan patuh syariah ini. Kini telah mula dibuka untuk permohonan bagi ahli KWSP bermula 7 April. Pembiayaan ini disediakan oleh institusi perbankan tanpa melibatkan sebarang unsur riba.

Untuk makluman, kadar faedah konvensional atau kadar keuntungan islamik. Kadar yang akan dikenakan oleh institusi perbankan adalah dijangka dalam kadar 4% – 5% setahun. Kadar dikenakan adalah lebih rendah dari kadar pasaran semasa bagi pembiayaan peribadi yang dikenakan pada sekitar 8 hingga 15 peratus.

PENGELUARAN SEHINGGA RM50,000 DARIPADA AHLI

Jumlah pembiayaan pengeluaran yang dibenarkan adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 bergantung kepada baki simpanan di dalam akaun 2 KWSP. Pemohon turut perlu memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan.

Pada waktu pendemik melanda negara ini, pengeluaran khas KWSP memang perlu dibenarkan kerana ia dalam keadaaan mendesak. Ramai yang kehilangan pekerjaan pada waktu itu, namum pada waktu ini  diharapkan dengan adanya kemudahan pembiayaan pengeluaran melalui fasiliti sokongan akaun 2 (FSA2) ini dapat membantu ahli yang ingin membuat pengeluaran.

SYARAT KELAYAKAN & PANDUAN PERMOHONAN

Kepada ahli / pencarum KWSP yang berminat untuk membuat permohonan pembiayaan FSA2 KWSP ini, sila semak teliti syarat kelayakan dan panduan permohonan yang telah disediakan. Sila layari portal rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Nota : Permohonan FSA2 KWSP ini telah dibuka bermula 7 April 2023 untuk MBSB Bank, manakala bagi Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 15 April ini.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button