BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Tunai RM700 & RM350 Khas Aidilfitri Di Kreditkan Hari Ini

Sebuah program bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan dan bakal disalurkan kepada rakyat sebagai persediaan Hari Raya Aidilfitri pada bulan ini.

Bantuan kewangan ini diberikan kepada penjawat awam yang masih bekerja serta pesara atau veteran kerajaan.

Bantuan ini telah diumumkan ketika pembentangan Bajet 2023 untuk menghargai Bajet 2023 untuk menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam.

Berikut dikongsikan mengenai syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan ini.

BANTUAN KHAS AIDILFITRI

Berita baik untuk kakitangan awam dan pesara kerajaan pada tahun ini iatu mereka akan menerima bonus Aidilfitri April nanti sehingga RM700.

Bayaran bantuan ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan awam yang sentiasa menggalas tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

BANTUAN KHAS RM700 & RM 350

Melalui pelaksanaan bantuan khas aidilfitri ini, kakitangan awam dan pesara kerajaan masing-masing akan menerima bonus sebanyak :

  • Penjawat Awam – RM700
  • Pesara Kerajaan – RM350

Info : Hampir 1.3 juta penjawat awam GRED 56 dan ke bawah akan menerima manfaat ini.

TARIKH BAYARAN

Bayaran Bantuan Khas Aildilfitri ini bakal dikreditkan sebelum aidilfitri iaitu :

  • 14 APRIL 2023

Mana-penjawat awam dan pesara kerajaan yang layak, bayaran akan terus dikreditkan ke akaun masing-masing.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button