BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Kewangan Sehingga RM1,000 Sebulan Dikreditkan April Ini

Untuk makluman anda, terdapat 9 jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh pihak JKM melalui skim bantuan kebajikan yang boleh dimohon oleh golongan yang memerlukan. Bayaran bantuan kewangan sehingga RM1,000 ini akan mula dikreditkan pada bulan April ini.

BAYARAN BANTUAN KEWANGAN JKM

Untuk makluman anda, bantuan-bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditawarkan kepada golongan sasar yang berkelayakan. Bayaran bantuan kewangan JKM akan dibayar kepada pemohon yang layak secara setiap bulan.

Melalui 9 jenis bantuan yang disediakan, kadar bantuan adalah RM150 sehingga RM1,000 sebulan. Jumlah yang akan diterima bergantung kelayakan kategori permohonan. Bantuan kewangan khas JKM ini dilaksanakan adalah bagi tujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat berdasarkan 5 teras utama iaitu perlindungan, pencegahan, pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian.

Di halaman ini dikongsikan beberapa jenis bantuan kewangan dibawah kendalian JKM yang boleh dimohon sekiranya berkelayakan.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

Kadar bayaran yang ditawarkan dalam bantuan kanak-kanak ini adalah berjumlah RM150 seorang bagi anak berumur 7 hingga 18 tahun. Manakala RM200 untuk anak berumur 6 tahun dan ke bawah, jumlah bantuan maksimum bagi setiap 1 keluarga adalah sebanyak RM1,000 sebulan.

Perlaksanaan bantuan BKK ini adalah bagi membantu meringankan ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan hidup anak-anak. Supaya tidak menjejaskan tumbesaran anak dan perkembangan anak.

BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

Bantuan BWE ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun keatas (berstatus warga emas) yang kurang berkemampuan. Kadar bantuan BWE adalah sebanyak RM500 sebulan.

Inisiatif ini masih diteruskan oleh JKM adalah bagi membantu warga emas yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan dalam komuniti masyarakat.

SENARAI BANTUAN KENDALIAN JKM

Berikut adalah senarai bantuan bulanan JKM yang boleh dimohon rakyat yang berkelayakan seperti dibawah :

  • Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan Anak pelihara
  • Elaun pekerja orang kelainan upaya (OKU)
  • Bantuan latihan perantis
  • Bantuan OKU terlantar / pesakit kronik terlantar.

Nota : Tarikh pembayaran bantuan JKM akan dibayar pada 1 -10 haribulan setiap bulan kepada pemohon yang layak. Bayaran akan dikreditkan secara automatik kepada penerima sedia ada.

SYARAT KELAYAKAN & PANDUAN PERMOHONAN

Kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan miskin dan memerlukan, anda boleh membuat semakan syarat kelayakan dan panduan permohonan mengikut kategori bantuan. Sila layari portal rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button