BANTUAN KERAJAAN

Senarai 5 Jenis Pengeluaran Yang Dibenarkan Pengeluarannya Pada Tahun Ini

Pada tahun ini setiap ahli ataupun pencarum KWSP telah disediakan 5 jenis pengeluaran KWSP di dalam akaun 2 untuk tujuan peribadi selagi ianya menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Untuk makluman anda sehingga hari ini ramai yang mendesak dan mengharapkan agar pengeluaran khas KWSP secara bersasar dapat diluluskan bagi meringankan beban setiap ahli dan pencarum.

Walaupun pengeluaran khas tersebut tidak dapat diluluskan oleh pihak kerajaan, masih lagi terdapat beberapa jenis kemudahan pengeluaran KWSP yang dibenarkan dan disediakan melalui akaun 2. Di sini dikongsikan maklumat yang berkenaan dalam pengeluaran KWSP yang boleh dilakukan oleh setiap ahli dan pencarum.

5 KATEGORI PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan beberapa kemudahan pengeluaran untuk tujuan peribadi yang dibenarkan pada tahun ini. Terdapat 2 jenis pengeluaran iaitu melalui akaun 1 pengeluaran penuh dan akaun 2 untuk pengeluaran sebahagian.

Melalui akaun (2) terdapat beberapa jenis pengeluaran yang ahli KWSP boleh lakukan selagi mengikuti syarat. Berikut adalah 5 kategori pengeluaran KWSP yang diluluskan melalui akaun 2.

PENGELUARAN UNTUK MEMBELI KEDIAMAN SENDIRI

Kepada ahli / pencarum KWSP yang berstatus warganegara Malaysia dan bukan warganegara, anda boleh membuat pengeluaran wang melalui akaun 2 untuk tujuan membeli rumah sendiri.

MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Bagi pencarum KWSP yang berumur 55 tahun kebawah dan beragama islam, sekiranya anda merancang untuk mengerjakan ibadah haji. Anda boleh membuat pengeluaran akaun 2 untuk tujuan sebagai insentif tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH).

Pengeluaran untuk menunaikan ibadah haji dibenarkan sehingga maksimum RM3,000 atau baki akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah.

MENCAPAI UMUR 50 TAHUN

Untuk pencarum yang telah mencapai usia 50 tahun dan keatas, anda layak untuk membuat pengeluaran keseluruhan simpanan wang di akaun 2 KWSP. Kemudahan ini disediakan bagi persediaan untuk waktu persaraan ahli dan dibenarkan pengeluaran jika mempunyai baki simpanan dalam akaun 2.

PEMBINAAN RUMAH SENDIRI

Pihak KWSP juga turut menyediakan kemudahan bagi ahli yang ingin membina rumah sendiri diatas tanah. Terdapat 2 kategori yang disediakan iaitu pembinaan dengan pembelian tanah atau pembinaan atas tanah yang sudah dimiliki.

Kelayakan pengeluaran ini bagi setiap ahli yang berumur 55 tahun dan ke bawah dengan mempunyai baki simpanan pada akaun 2 KWSP yang mencukupi.

RAWATAN KESIHATAN

Kepada ahli yang menghadapi masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran wang melalui akaun 2 KWSP. Kemudahan ini bagi tujuan membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal atau peralatan bantuan kesihatan.

Nota : Sekiranya anda ingin membuat pengeluaran melalui akaun 2 KWSP untuk tujuan seperti diatas, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI untuk semakan lebih lanjut.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Pada tahun ini pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button