BANTUAN KERAJAAN

Permohonan Dibuka Sehingga 15 April 2023 Untuk Bantuan I-fitri Perantau RM400

Untuk makluman anda, terdapat beberapa inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang akan di salurkan untuk meringankan beban rakyat oleh kerajaan persekutuan. Bantuan i-Fitri perantau yang berjumlah sehingga RM400 adalah salah satu bantuan yang masih dilancarkan pada tahun ini.

BANTUAN I-FITRI PERANTAU 2023

Inisiatif khas ini pada dasarnya adalah merupakan sebuah bantuan tunai yang telah diperkenalkan pada tahun sebelumnya oleh kerajaan negeri. Di atas dasar keperihatinan untuk meringankan beban rakyat didalam persediaan menyambut Aidilfitri bantuan ini masih lagi diteruskan pada tahun ini

Kadar jumlah bayaran bantuan i-fitri perantau yang ditawarkan adalah sebanyak RM250 sehingga RM400 berdasarkan tahun lalu. Kadar bantuan akan ditentukan mengikut kategori kelayakan permohonan yang layak.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan i-fitri perantau tahun ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500
  • Pemohon merupakan rakyat negeri Terengganu dan menetap di luar negeri (perantau)
  • Merupakan pengundi berdaftar di Terengganu (KIR atau pasangan)
  • Individu yang ingin mohon perlu mengisi terlebih dahulu maklumat peribadi dan keluarga di dalam Sistem profil rakyat Terengganu (PRT20)
  • Kepada penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun bulanan secara tetap tidak layak mohon
  • Kepada peniaga berlesen tidak layak memohon kecuali mempunyai pendapatan bulanan dibawah RM2,500

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman, permohonan bantuan i-fitri perantau ini dibuka bermula 1 April sehingga 15 April 2023. Untuk yang berminat membuat permohonan sila rujuk di bawah.

PANDUAN PERMOHONAN

Untuk sedia maklum, permohonan bantuan i-fitri ini boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui laman rasmi iBantuan – DI SINI

Segala panduan permohonan dan butiran yang diperlukan telah disediakan di laman rasmi tersebut. Bagi memudahkan proses semakan permohonan, sila sertakan dokumen-dokumen penting seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan tanggungan
  • Salinan penyata gaji atau slip pencen terbaru atau surat akaun pendapatan bagi bekerja sendiri
  • Salinan bil utiliti (bil air atau elektrik)

Nota : Untuk makluman, bantuan khas ini dibuka hanya untuk rakyat negeri Terengganu sahaja. Kepada yang berkelayakan disarankan membuat permohonan bagi menerima manfaat dari inisiatif ini.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.




Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button