BANTUAN KERAJAAN

Senarai Bantuan Sempena Sambutan Hari Raya Yang Diberikan Bulan Ini

Untuk makluman anda, terdapat beberapa inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang akan di salurkan dalam bulan april ini. Di bawah ini kami sediakan senarai penerima bantuan menjelang Hari Raya untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk persediaan menyambut syawal.

SENARAI BANTUAN SEMPENA RAYA

Di halaman kali ini, dikongsikan berkenaan maklumat bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan yang perlu anda tahu. Inisiatif yang diberikan lebih memfokuskan golongan b40 dan memerlukan bagi meringankan beban mereka bagi menyambut musim perayaan tidak lama lagi.

BANTUAN BKKA

Pihak kerajaan telah mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan aidilfitri (BKKA) akan mula diberikan pada tarikh 17 April secara berperingkat. Bayaran akan diagihkan melalui kredit terus ke akaun bank penerima.

BKKA ini akan diberikan kepada golongan pejawat awam gred 56 dan ke bawah berjumlah RM700 dan kepada pesara kerajaan pula akan menerima bayaran sebanyak RM350.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2

Untuk sedia maklum perlaksanaan bantuan baru diperkenalkan tahun ini iaitu Sumbangan tunai rahmah (STR) akan diberikan secara berfasa. Fasa 1 telah selesai diberikan pada bulan Januari lalu, kini ramai yang sedang menantikan pembayaran fasa berikutnya.

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa bayaran STR fasa kedua akan mula dibayar pada tarikh 5 April 2023 (rabu) secara berperingkat. Pemberian bantuan ini akan diberikan secara kredit terus ke dalam bank dan tebus tunai bagi penerima tidak mempunyai kad bank. Untuk semakan status STR anda boleh layari portal rasmi MySTR.

BANTUAN BULANAN JKM

Ramai yang masih tidak tahu berkenaan bantuan yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Terdapat 11 insentif yang disediakan dalam skim bantuan kebajikan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

Bantuan JKM ini dibayar secara bulanan kepada pemohon yang layak dan kadar bantuan yang diberikan sehingga RM1,000 bergantung kategori kelayakan. Untuk semakan senarai bantuan JKM yang boleh anda mohon jika berkelayakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM –DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button