BANTUAN KERAJAAN

Syarat & Kelayakan Untuk Bantuan E-Tunai Rahmah RM200

Belanjawan 2023 telah dibentangkan semula susulan pertukaran kerajaan lama kepada Kerajaan Perpaduan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 lalu.

Melalui pembentangan tersebut, pelbagai inisiatif seperti bantuan tunai telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selaku Menteri Kewangan.

Salah satu bantuan tunai yang terkandung dalam pembentangan tersebut adalah, Kerajaan bersetuju akan memberikan bantuan secara tunai menerusi program e-Tunai Belia Rahmah untuk golongan belia di negara kita.

Antara inisiatif yang diperkenalkan adalah bantuan KWSP RM500, bantuan lesen memandu e-hailing, teksi, bas dan lesen motorsikal kelas B2. Tidak terkecuali bantua untuk kumpulan belia iaitu kredit e-tunai belia rahmah yang ditawarkan sebanyak RM200 seorang secara one-off.

BANTUAN E-TUNAI BELIA RAHMAH

Seperti disediakan maklum pada tahun lalu bantuan ewallet disediakan pada kadar RM150 seorang. Pada tahun ini bantuan e-pemula telah dijenamakan semula kepada kredit e-tunai belia rahmah yang ditawarkan pada kadar RM200 seorang.

Tujuan perlaksanaan inisiatif ini adalah bagi memberi bantuan untuk meringankan beban golongan belia pada tahun ini. Secara tidak langsung dapat memupuk budaya  pembayaran tanpa tunai dan inisiatif yang ditawarkan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta belia yang berumur18 sehingga 20 tahun.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi bantuan eWallet yang ditawarkan untuk belia B40 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan individu belia berumur 18, 19 dan 20 tahun
  • Individu berumur 21 tahun keatas yang merupakan pelajar sepenuh masa.

KADAR BANTUAN

Untuk tujuan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai, kerajaan menawarkan inisiatif bantuan kredit e-tunai belia rahmah pada kadar RM200 seorang.

CARA TEBUS BANTUAN

Buat masa ini hanya maklumat berkenaan bantuan kredit etunai rahmah yang telah dimaklumkan seperti diatas. Segala maklumat mengenai bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat.

Perlaksanaan bantuan kredit etunai belia rahmah ini secara rasmi telah dimaklumkan semasa pembentangan BELANJAWAN 2023 pada 24 Februari lalu.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.



Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button