BANTUAN KERAJAAN

Kategori Yang Layak Membuat Pengeluaran Penuh KWSP

Ramai rakyat Malaysia yang masih berharap agar pengeluaran khas KWSP dapat dibenarkan lagi,khususnya ahli dan pencarum KWSP, Ini kerana ianya dapat membantu ekonomi bagi golongan rakyat yang terjejas.

Untuk makluman anda ,walaupun kerajaan tidak meluluskan pengeluaran khas KWSP 2.0 ahli dan pencarum KWSP masih boleh mengeluarkan simpanan di dalam akaun simpanan untuk tujuan tertentu. Di sini kami kongsikan 4 kategori yang dikhaskan untuk membuat pengeluaran penuh simpanan KWSP.

PENGELUARAN KWSP PENUH YANG DIBENARKAN

Terdapat 4 kategori pengeluaran KWSP penuh yang boleh dilakukan oleh pencarum yang melengkapi syarat kelayakan. Kepada anda yang ingin membuat pengeluaran penuh, sila semak kategori yang dibenarkan seperti dibawah.

PENGELUARAN MENCAPAI UMUR 55 TAHUN

Kepada ahli KWSP yang telah mencapai umur matang 55 tahun, secara automatik anda telah layak memasuki umur persaraan. Caruman terkumpul di dalam akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan ke dalam akaun 55.

Ahli boleh mengeluarankan kesemua wang atau sebahagian dari simpanan akaun ini pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada.

MENINGGALKAN NEGARA

Ramai yang tidak tahu, kepada ahli / pencarum KWSP yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain. Mereka boleh membuat pengeluaran KWSP penuh selagi menepati syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pekerja asing
  • Penduduk tetap
  • Ekspatriat

Kepada ahli KWSP yang berniat atau bercadang untuk berhijrah ke negara lain, anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran penuh KWSP. Perkara ini bagi memudahkan pencarum untuk memulakan hidup baru di negara lain.

HILANG UPAYA

Bagi kemudahan pengeluaran kategori hilang upaya, anda boleh mengeluarankan kesemua wang simpanan KWSP sekiranya keadaan keupayaan mental atau fizikal terjejas. Dan mengganggu anda untuk melakukan pekerjaan.

Proses pengeluaran ini juga perlu ada pengesahan dari pegawai perubatan berkenaan hilang upaya secara fizikal ataupun mental.

KEMATIAN

Kepada pencarum yang mehadapi musibah kematian (meninggal dunia) simpanan KWSP mereka merupakan jaminan kepada orang tersayang iaitu pewaris. Pengeluaran penuh boleh dilakukan oleh pewaris.

Kepada ahli yang ingin membuat pegeluaran KWSP penuh berdasarkan kategori seperti diatas, anda boleh semak kelayakan dan membuat permohonan. Sila layari portal rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LEBIH LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button