BANTUAN KERAJAAN

Senarai & Kategori Penerima RM600 STR Tambahan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah mengumumkan pelbagai inisiatif didalam pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lalu.

Seperti yang anda ketahui,program bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah telah di perkenalkan pada tahun ini dan berjaya mengkreditkan bayaran pada Januari lalu.

Selain daripada itu, Perdana Menteri juga turut mengumumkan kategori penerima yang layak menerima STR Tambahan yang berjumlah RM600. Berikut dikongsikan tarikh pembayaran STR tambahan ini.

SUMBANGAN TUNAI RAHAMAH 2023(BTR)

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. 

INFO : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan kewangan secara tunai sama seperti bantuan sebelum ini seperti BKM, BPR, BSH dan BR1M.

STR TAMBAHAN RM600

Berikut adalah kategori penerima yang layak :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada : 
    • i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
KAEDAH BAYARAN

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan

SEMAKAN STR TAMABAHAN (E-KASIH)

Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :

  • Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan butang carian
  • Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

TARIKH BAYARAN STR TAMBAHAN

Menerusi laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia, tarikh bayaran STR Tambahan ini akan mula dikreditkan secara berperingkat :

  • JULAI – RM100
  • OGOS – RM100
  • SEPTEMBER – RM100
  • OKTOBER – RM100
  • NOVEMBER – RM100
  • DISEMBER – RM100

JUMLAH BAYARAN STR 2023

Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan tunai STR ini, terdapat lebih banyak inisiatif dan kemudahan yang telah disedikan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon                             – KLIK DISINI  untuk rujukan umum.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button