BANTUAN KERAJAAN

Sumbangan Tunai Rahmah 2023 : RM 2,000 Senarai Kategori Penerima


Pada sesi Belanjawan 2023 Februari lalu, Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) telah memperkenalkan program bantuan tunai iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.

Bayaran STR ini akan melalui beberapa fasa bayaran. Untuk makluman anda, bayaran fasa pertama telah selesai dilaksanakan bermula 17 Januari lalu.

Pada kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda mengenai bantuan kewangan ini dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran sehingga RM2000.

BANTUAN KEWANGAN RM 2,000

Bantuan kewangan RM2000 adalah bantuan kewangan secara tunai melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah diperkenalkan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Untuk makluman, setiap kelayakan, mereka akan menerima bayaran sehingga RM2000 dan tidak termasuk STR Tambahan berjumlah RM600.

Pihak kami ingin ingatkan, jumlah bayaran tersebut bukanlah untuk kesemua kategori, akan tetapi ianya bergantung kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

PENERIMA BANTUAN RM 2,000

Berikut adalah penerima yang layak terima bayaran RM2500 :

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2500 Kebawah)

  • Tiada anak – RM1000
  • 1-2 orang anak – RM1500
  • 3-4 orang anak – RM2000
  • 5 orang anak keatas – RM2500

TARIKH PERMOHONAN

Menerusi kenyataan yang dikemaskini melalui web rasmi STR 2023, permohonan baru kini telah boleh dibuat bermula :

  • 1 MAC 2023

Permohonan STR 2023

  1. Klik MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
  4. Siap dan berjaya mendaftar.

SYARAT KELAYAKAN STR 2023

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan tunai STR ini, terdapat lebih banyak inisiatif dan kemudahan yang telah disedikan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – KLIK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button