BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Warga Emas (BWE) Sebanyak RM500 Diberikan Secara Tunai

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar yang amat memerlukan.

Negara Kebajikan (Welfare State) bukanlah konsep yang diamalkan oleh Kerajaan Malaysia dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

Melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat. Salah satunya ialah Bantuan Warga Emas (BWE) 

Bantuan Warga Emas (BWE) ini adalah bertujuan untuk membantu golongan warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti rakyat Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN

Kepada mereka yang merupakan golongan warga emas atau mempunyai ahli keluarga dan kenalan yang berstatus orang tua, sila semak maklumat ringkas berkenaan syarat permohonan bantuan BWE di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 60 tahun ke atas
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal  di:
         i.  Institusi kendalian JKM; atau
         ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma

KADAR BANTUAN WARGA EMAS

Untuk makluman kadar Bantuan Warga Emas adalah RM350 namun ia telah dinaikkan kepada
  • RM 500

CARA MEMOHON

Terdapat 2 kaedah permohonan BKK iaitu :

  • Permohonan Atas Talian (online) atau
  • Terus ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM

Anda juga perlu mengisi borang sebelum ke pejabat JKM. Sila klik pautan dibawah bagi muat turun borang tersebut :

JKM 18 BORANG PERMOHONAN BANTUAN

JKM 20 BORANG KAJI SEMULA BANTUAN

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan bagi tujuan penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. 

Ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan bukan hak.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan yang di sediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anda boleh melayari lawan rasmi JKM https://www.jkm.gov.my/

Selain daripada Bantuan Warga Emas (BWE) ini terdapat lebih banyak bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button