BANTUAN KERAJAAN

Kemaskini Maklumat Sebelum 31 Mac 2023 Untuk Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

Bayaran pertama Sumbangan Tunai Rahmah telah pun selesai dikreditkan kepada semua penerima yang berkelayakan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif kepada golongan yang kurang berkemampuan didalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Terkini, kerajaan meminta agar rakyat Malaysia membuat kemaskini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebelum 31 mac ini.

KEMASKINI MAKLUMAT STR SEBELUM 31 MAC 2023

Orang Ramai diminta mengemas kini maklumat peribadi untuk pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa kedua yang akan mula diagihkan sebelum Aidilfitri.

Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, proses kemas kini serta pendaftaran baharu sudah dibuka sejak 1 Mac lalu dan akan berakhir penghujung bulan ini.

“Untuk STR fasa kedua, pembayaran akan dibuat sebelum Aidilfitri dan kita mohon agar pemohon mengemas kini data terkini mereka kerana mungkin ada perubahan dari beberapa perkara.

“Fasa pertama sudah selesai diproses secara berperingkat pada 17 Januari lalu membabitkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan bernilai RM1.67 bilion.

“Sumbangan Tunai Rahmah kali ini yang terbesar iaitu berjumlah RM8 bilion nak beri kepada 9 juta rakyat yang memberi manfaat kepada golongan B40 di bawah agensi pelaksana iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya di sini, hari ini.

Sumber : harianmetro

CARA KEMASKINI

Sila klik pautan dibawah untuk mengetahui cara untuk membuat permohonan baru dan kemaskini maklumat :

PANDUAN PERMOHONAN BARU & KEMASKINI

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Terbaru, menerusi portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah telah memaklumkan bahawa, bayaran fasa 2 akan dilaksanakan pada :

  • APRIL 2023

Baru-baru ini, Perdana Menteri memberitahu bahawa bayaran fasa kedua akan di laksanakan sebelum aidilfitri April hadapan.

SYARAT KELAYAKAN STR 2023

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • JUMLAH BAYARAN STR 2023

    Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah ini :

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button